Dibesarkan oleh Pak Andak, seorang gangster terkenal, Sahak menjadi harapan utama untuk menyambung legasi Geng Bunga Merah. Namun semuanya berubah apabila Pak Andak telah ditangkap ketika ingin menyelamatkan anak saudaranya, Maya daripada musuh mereka, Gang Pak Man. Selepas lima tahun dipenjarakan, Pak Andak akhirnya dibebaskan tetapi pada hari yang sama dia meninggal dunia akibat diserang hendap dan ditembak. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Pak Andak meninggalkan amanat kepada Sahak untuk mencari pembunuhnya dan balas dendam.