Kehidupan Balqis yang sudah gelap semakin hancur apabila insiden hitam di sebuah parti persendirian memusnahkan dirinya. Ditinggalkan nazak di tebing sungai, Balqis diselamatkan oleh seorang wanita tua misteri bernama Nek Bayu. Tetapi pertolongan itu membuka pintu kepada sesuatu yang jauh lebih gelap. Trauma dan lukanya yang terkubur berubah menjadi dendam. Berpandukan bisikan kuasa hitam, Balqis mula memburu, satu demi satu, mereka yang pernah memusnahkan hidupnya.