Mawar, gadis berusia 18 tahun, terpaksa menangguhkan impiannya untuk menjadi wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan abang tirinya, Safar. Namun segalanya berubah apabila satu kematian mengejut dalam keluarga mereka mengundang gangguan entiti misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu. Dalam masa yang sama, bapanya, Omar, sibuk dengan kempen politik untuk menjatuhkan ketua parti. Semakin jauh penyiasatan dilakukan, Mawar berdepan kejadian paranormal menakutkan yang dipandang remeh oleh keluarganya. Akhirnya, dia dan bapanya terpaksa berdepan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.