20 tahun selepas berlakunya insiden pada Adi dan rakan-rakannya di Jatijajar, Jin Ummu Sibyan kembali mengganas terhadap kanak-kakak yang tinggal di sebuah kampung, kali ini di Giritirto. Yogo, Dewo, dan Wulan bersama lima lagi kanak-kanak lain terlibat dalam sebuah pergaduhan dalam perlawanan bola sepak. Selepas kalah dalam pergaduhan itu, mereka segera pulang ke kampung mereka pada waktu maghrib. Dalam perjalanan pulang, mereka menyumpah agar lawan mereka ditimpa bencana. Tanpa mereka sedari, mereka telah menyebabkan sebuah bencana sama seperti insiden Jatijajar. Kali ini ia lebih teruk, di mana di tengah-tengah hutan pada waktu malam, Jin Ummu Sibyan merasuk salah seorang daripada mereka untuk memburu nyawa kanak-kanak lain tanpa belas kasihan